TERKINI - Jabatan Bendahari (Ekonomi)

Friday, June 8, 2012

Ekonomi Islam Membina Negara Bertamadun



Kemajuan sesebuah negara bergantung kepada beberapa aspek penting. Antaranya ialah aspek kebajikan, sosial, pendidikan dan juga ekonomi. Ekonomi yang stabil dapat dilihat dari segi kecekapan sistem pentadbiran negara tersebut. Bagi mencapai kestabilan tersebut, sistem yang baik perlu dititikberatkan dan semestinya adalah ekonomi berkonsepkan Islam.

Saturday, May 14, 2011

Buku Terhangat Di Pasaran Yang Mesti Dimiliki !!!

Isu panas.... Milikinya sebelum kehabisan stok

Judul Buku : "Realiti Gelombang Aura Mahasiswa & Hak Kita : ARMA"

Terbitan     : Urusetia Penerangan Umum & Unit Panitia ARMA
                    Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)

Muka surat : 75

Harga        : LE 12

Untuk memilikinya sila hubungi Us Akramin Ishak (011-1769806) dan Dr Maisarah Mahmood
(011-3434742) atau dapatkannya di Kedai DPMZ.

Sinopsis


     Buku ini merupakan penerbitan terulung bagi PMRAM sesi 2010. Buku ini mengandungi coretan perjuangan 80 tahun PMRAM membawa ideologi Islam dalam kalangan mahasiswa Malaysia di Mesir. 80 tahun merupakan sebuah usia panjang yang sukar dicapai oleh mana-mana persatuan mahasiswa di dunia. Hubungan PMRAM dengan kerajaan Mesir, rakyat serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Mesir juga dikupas melalui penulisan ini. 

Thursday, September 2, 2010


Bersempena dengan Ramadhan Al-Mubarak ini, kami pihak Dewan Perwakilan Mahasiswa Zagazig sesi 2010/2011 (DPMZ 2010/2011) menyeru agar kita bersama-sama menunaikan kewajipan Rukun Islam yang keempat iaitu menunaikan zakat dan dalam masa yang sama, turut membantu saudara seIslam kita yang mengalami pelbagai kekurangan dari segi kewangan dan material.

Bagi yang ingin menunaikannya, anda boleh terus rujuk kepada Ust. Muhammad Akramin b. Mohd Ishak bagi pihak ikhwah, manakala bagi pihak akhawat kepada Dr. Norhana Bt. Rahmat. Untuk nilai zakat pada tahun ini ialah sebanyak LE 10 dan ianya adalah sepertimana yang telah ditetapkan oleh Darul Ifta`, Mesir.

Untuk makluman semua, tarikh akhir bagi pungutan zakat ialah pada 4 september 2010. Dan untuk sebarang maklumat lanjut, bolehlah terus menghubungi Bendahari Kehormat PMRAM di talian +20143352855 ataupun Bendahari HEWI PMRAM +20117737821.

Tuesday, April 6, 2010

Berita Baik Untuk Ahli DPMZ


Unit Ekonomi DPMZ menawarkan penjualan tiket penerbangan pulang ke Malaysia kepada seluruh ahli dengan kadar yang berpatutan.Tempahan boleh dibuat dari sekarang.Ayuh segera membuat tempahan tiket.Semoga perjalanan anda berjalan lancar.Untuk tempahan tiket sila hubungi Us Muhammad Mumtaz Harun (0105345950) dan Us Muhammad Lokman Sulaiman (0111235115).