Judul Buku : Rujukan Cepat Istilah Perubatan 3 Bahasa (Melayu-Arab-Inggeris)
Terbitan : Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)
Harga : LE 13
Buku ini mengandungi istilah perubatan di dalam 3 bahasa iaitu Bahasa Melayu, Arab dan Inggeris.Buku ini amat sesuai bagi mahasiswa terutamanya mahasiswa Perubatan dan Farmasi kerana ianya memberi bantuan di dalam pelbagai istilah perubatan seperti penyakit dan perbualan dengan pesakit.
Selain itu, anda juga dapat menambahkan kemahiran berbahasa Arab serta Inggeris dengan lebih efektif.Ayuh dapatkan segera di Kedai DPMZ (Dewan DPMZ) sebelum kehabisan stok.
Selain itu, anda juga dapat menambahkan kemahiran berbahasa Arab serta Inggeris dengan lebih efektif.Ayuh dapatkan segera di Kedai DPMZ (Dewan DPMZ) sebelum kehabisan stok.
Judul Buku : 400 Hadith Rasulullah SAW ; Fadhilat Amalan Harian Muslim
Pengarang : Muhammad Zulfaka Abd. Lah
Izin Terbit : Badan Penerangan & Penerbitan PMRAM
Cetakan : 2008
Harga : LE 22
Buku ini mengandungi 400 hadis junjungan besar Rasulullah SAW yang berkaitan dengan fadhilat atau kebaikan amalan harian bagi seorang Muslim.
Antara kandungan menarik buku terjemahan ini ialah :
1)Tegahan makan, tidur dan rehat yang melampau
2)Kelebihan selawat kepada Nabi Muhammad SAW
3)Kelebihan mengeluarkan zakat
4)Kelebihan berbuat baik kepada ibu bapa
5)Kelebihan sedekah
6)Kelebuhan hak anak-anak
7)Kelebihan doa
8)Kelebihan nikah
9)Ancaman zina
10)Kelebihan memanah
11)Kelebihan sifat merendah diri
12)Kelebihan menziarahi pesakit
Rasulullah SAW pernah bersabda : "Aku tinggalkan untuk kamu 2 perkara yang kamu tidak akan sesat selama mana kamu berpegang dengannya iaitu Al-Quran dan Sunnahku"
Buku ini juga dapat membantu para pembaca untuk mengetahui amalan terbaik di sisi Rasulullah SAW.Buku ini boleh didapati di Kedai DPMZ sekarang.
Untuk keterangan lanjut sila hubungi Bendahari (Unit Ekonomi) DPMZ Ustaz Muhammad Lokman Sulaiman (0111235115).

No comments:
Post a Comment