TERKINI - Jabatan Bendahari (Ekonomi)

Thursday, September 2, 2010


Bersempena dengan Ramadhan Al-Mubarak ini, kami pihak Dewan Perwakilan Mahasiswa Zagazig sesi 2010/2011 (DPMZ 2010/2011) menyeru agar kita bersama-sama menunaikan kewajipan Rukun Islam yang keempat iaitu menunaikan zakat dan dalam masa yang sama, turut membantu saudara seIslam kita yang mengalami pelbagai kekurangan dari segi kewangan dan material.

Bagi yang ingin menunaikannya, anda boleh terus rujuk kepada Ust. Muhammad Akramin b. Mohd Ishak bagi pihak ikhwah, manakala bagi pihak akhawat kepada Dr. Norhana Bt. Rahmat. Untuk nilai zakat pada tahun ini ialah sebanyak LE 10 dan ianya adalah sepertimana yang telah ditetapkan oleh Darul Ifta`, Mesir.

Untuk makluman semua, tarikh akhir bagi pungutan zakat ialah pada 4 september 2010. Dan untuk sebarang maklumat lanjut, bolehlah terus menghubungi Bendahari Kehormat PMRAM di talian +20143352855 ataupun Bendahari HEWI PMRAM +20117737821.

No comments: